Syarat - Syarat Penginapan


  1. Bayaran adalah dalam Ringgit Malaysia secara tunai (Sewaktu Daftar Masuk). 
  2. Keluarga muslim sahaja
  3. Jika dalam kumpulan hendaklah terdiri dari kalangan mahram atau kumpulan rakan yang sama jantina
  4. Tidak melebihi 10 orang
  5. Dibenarkan memasak nasi dan air sahaja
  6. Kebersihan hendaklah dijaga,sebarang kekotoran yang ditinggalkan deposit tidak akan dipulangkan
  7. Barang-barang dalam inventori adalah hak milik homestay, sebarang kerosakan dan kehilangan penyewa hendaklah menggantikannya
  8. Penyewa hendaklah menandatangani borang inventori
  9. Sebarang kerosakan air/ eletrik hendaklah dilaporkan segera kepada pengurus homestay
  10. Bayaran hendaklah dijelaskan sebelum penyerahan kunci dengan bank in ke akaun yang dinyatakan
  11. Makanan dan minuman halal sahaja yang dibenarkan dibawa masuk ke dalam premis penginapan 
  12. Tetamu harus menjaga kebersihan premis dan kawasan persekitaran sepanjang masa menginap  
  13. Menggunakan kemudahan yang disediakan dengan cara berhemah 
  14. Meletakkan kenderaan di tempat yang betul dan tidak menghalang lalu lintas 
  15. Menjaga adab-adab kejiranan dan menghormati hak-hak penduduk tetap 
  16. Memastikan semua pintu dan tingkap ditutup/ kunci bila meninggalkan rumah atau tidur waktu siang dan malam.  
  17. Sila matikan semua peralatan  elektrik selepas digunakan. Pastikan menutup suis, kipas, plug, lampu, pendingin hawa dan sebagainya bila meninggalkan rumah atau apabila tidak menggunakannya. 
  18. Mana-mana pihak yang dicurigai tentang status pekerjaan atau perkahwinan mereka boleh DIHALANG dari memasuki Adam Homestay walaupun pembayaran telah dibuat dan wang 50% akan dikembalikan.
  19. Perlu dingatkan, Adam Homestay melarang keras sebarang kegiatan menyalahi undang-undang negara dilakukan di Adam Homestay. Sebarang kesalahan yang dilakukan adalah atas tindakan dan tanggungjawab penghuni itu sendiri dan Adam Homestay TIDAK BERTANGGUNGJAWAB dan tiada kaitan dengan masalah yang timbul.
  20. Pihak pengurusan Adam Homestay tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan dan kerosakan harta benda, kecederaan tubuh badan atau kehilangan nyawa penyewa dan penghuni atau tetamu mereka.
  21. Bayaran perkhidmatan sebanyak RM 50/perkhidmatan dikenakan jika khidmat membersih rumah dan tukar cadar diperlukan semasa dalam tempoh penginapan. Untuk tempoh sewaan jangka panjang perbincangan amat dialu-alukan.
  22. Setelah anda membuat bayaran tempahan, ini bermakna anda telah memahami dan bersetuju dengan terma dan syarat yang telah ditetapkan.


No comments:

Post a Comment